Posts

Satu Permulaan

 Hanya aku dan waktu berdetik tanpa henti. Atas dasar tidak percaya orang aku hentam saja meluah atas canvas blog ini sebagai blogger lama yang semakin tua. Menginjak usia lebih sopan. Haha.  Geram. Setiap hari dan waktu. Dengan perangai manusia di seliling aku yang sungguh sungguh menjengkelkan. Barangkali orang di sekelilingku juga rasa seperti aku. Meluat dan geram serta menyampah dengan aku. Mana aku tahukan. Namun bila aku fikir fikir, banyak sebab orang di sekelilingku menyampah dan meluat dengan aku. Hahaha. Aku nak geram dan meluat dengan orang? Sebenarnya aku tak layak kerana aku tidak mengukur baju di badan sendiri.  Aku yang banyak kelemahan ni ada hati meluat dan menyampah dengan orang. Kelakarlah. Tidak layaknya aku. Malu dengan penulisan sendiri. Ok. Aku dah cooldown semula. Manusia memang macam tu. Buat orang menyampah namun ada faktor faktor lain seperti perubahan hormon dan cuaca.  So, aku terpaksa menerima kejadian yang membuat aku meyampah sebentar...