Satu Permulaan
Hanya aku dan waktu berdetik tanpa henti. Atas dasar tidak percaya orang aku hentam saja meluah atas canvas blog ini sebagai blogger lama yang semakin tua. Menginjak usia lebih sopan. Haha.
Geram. Setiap hari dan waktu. Dengan perangai manusia di seliling aku yang sungguh sungguh menjengkelkan. Barangkali orang di sekelilingku juga rasa seperti aku. Meluat dan geram serta menyampah dengan aku. Mana aku tahukan. Namun bila aku fikir fikir, banyak sebab orang di sekelilingku menyampah dan meluat dengan aku. Hahaha. Aku nak geram dan meluat dengan orang? Sebenarnya aku tak layak kerana aku tidak mengukur baju di badan sendiri.
Aku yang banyak kelemahan ni ada hati meluat dan menyampah dengan orang. Kelakarlah. Tidak layaknya aku. Malu dengan penulisan sendiri. Ok. Aku dah cooldown semula. Manusia memang macam tu. Buat orang menyampah namun ada faktor faktor lain seperti perubahan hormon dan cuaca.
So, aku terpaksa menerima kejadian yang membuat aku meyampah sebentar tadi. Dan untuk tahun ini aku nak cooldown daripada menjadi seorang yang penyibuk. Aku nak hindari diri daripada memeningkan kepala otak aku yang serabut ni. Sebab, aku nak hidup sendiri. Aku bakal hidup sendiri. Mati pun sendiri. Keputusan aku bukanlah drastik, bergantung juga kepada detik waktu yang berjalan.
Kerana aku belum kahwin, aku mungkin tidak akan berkahwin? Entah. Yang pasti aku kena belajar hidup sendiri. Sebelum ni aku macam kuanter penyelesai masalah, tapi miskin. Bab duit tak boleh rujuk ngan aku. Hahahaha. Namun ada jugak yang rujuk masalah duit dengan aku kerana aku banyak idea dan nasihat. Boleh diguna pakai. Namun aku sungguh kasihan. Selain miskin, aku juga semakin tua, sudahlah begitu, masih duduk di bawah ketiak mak lagi. Apalagilah benda yang menyedihkan selain perkara itu di Malaysia ni? Kasihan sungguh aku ni. Hahahahaha
Parah kehidupan aku ni. Yang tahu tahulah, yang tak tahu pun tak tahulah. Yang tahu buat buat tak tahu. Kerana apa? Kerana aku jenis tak peduli orang lain. Orang yang tak berkenaan aku membatu. Aku tiada perasaan. Orang pun tak kuasa nak layan aku. Tapi aku yang kena melayan orang yang aku kenal dan perlukan aku dengan pelbagai perangai yang…aduhaiiiiiii… sabarlahhh aku oiii. Hidup aku complicated namun aku langsung tak suka hidup yang complicated ini. Aku rimas. Kalaulah aku di takdirkan umur pendek, bolehlah baca bagaimana stressnya aku dekat twitter aku.
Namun, takkan ada sorang pun dapat baca sebab aku dah setkan yang aku sorang je dapat baca. Kecuali henpon aku ada orang lain baca. Lantaklah. Janji aku bukan buat sesuatu yang menyalahi agama Islam. Sudah cukuplah.
Dahlah tu. Aku sambuang esok kalau rajin.
Comments
Post a Comment